Thursday, August 27, 2015

Wahai anak-anakku...

As Salam, dengan penuh rasa kasih dan sayang untuk semua anak-anakku. Mereka ada 5 orang , yang Sulung, abang Aiman Ridhwan, diikuti Adib Rasydan, Amin Safwan, Anis Sakinah (seorang sahaja perempuan) dan yang Bongsu Arif Luqman.
Tiada harta yang paling berharga melainkan anak-anak yang tersayang.
Semoga Blog yang baru dibentuk ini boleh jadi penyambung ucapan seorang ayah untuk anak-anaknya, tatkala ayahnya tiada lagi hidup di dunia ini. Ingin kukatakan, aku mahukan anak-anakku membesar menjadi seorang manusia Islam yang hebat, serba serbi bagus - dalam semua hal, dan selagi Ayah masih hidup, akan kuusahakan ke arah itu, dalam menjadikan dikau seorang manusiawi, Islamik, yang berguna kepada masyarakat, negara, dan agamamu Islam, yang Paling Tinggi.
Umur Ayah sekarang telah melepasi 46 tahun, rasa-rasanya jika ada umur lagi Allah berikan, I would give my very best to my children.
Stop here for awhile.